Skip to main content

NAK NAMPAK HEBAT. INI 4 TIP MENJAGA PENAMPILAN DIRI UNTUK LELAKI.

 1. Peka terhadap kebersihan

Badan yang bersih mampu mengelakkan anda dari sebarang penyakit. Sedat atau tidak sebenarnya mempengaruhi penampilan anda sehari-hari. Tanyalah sesiapa sahaja terutamanya wanita adakah mereka rela keluar dengan lelaki yang pengotor (Berkuku hitam, nafas berbau dan berkelimumur) walaupun mengenakan pakaian berjenama terkenal dan pastinya jawapan yang akan keluar dari mulut mereka ialah "TIDAK". Elakkan berlakunya perkara sedemikian dengan mengambil berat perihal kebersihan. Lakukan sesuatu terhadap anggota atau bahagian badan yang "bermasalah" secepat mungkin.

2. Cergas dan cerdas serlahkan penampilan.
Peruntukkan masa yang singkat untuk melakukan senaman yang ringkas, mampu kelihatan cerdas sepanjang hari sekali gus mencerminkan penampilan yang menarik ketika berada di khalayak. Perlu diingatkan bahawa tubuh badan yang sihat memberikan anda lebih stamina untuk melakukan sesuatu kerja selain memberi kesan positif kepada sikap serta keyakinan diri.

3. Lebih penjagaan untuk kulit wajah.
Bayangkan anda berada di sebuah majlis yang hebat, berpakaian mahal tetapi tiada seorang pun wanita yang sudi menghampiri. Pastinya seribu satu macam persoalan menghuni fikiran mengapa situasi tersebut berlaku. Periksa kembali penampilan anda dan mungkin juga bahagian yang bermasalah ialah kulit wajah. Aplikasikan tiga langkah mudah iaitu membersih, menyegar dan melembap selain mendapatkan rehat yang cukup untuk mengembalikan keserian wajah.

4. Amalkan sikap berbudi bahasa.
Umum mengetahui bahawa wanita amat tertarik kepada lelaki yang bersikap gentleman seperti membuka pintu kereta, menarik kerusi di meja makan atau memimpin ketika melintas jalan, memberikan tempat duduk kepada individu yang lebih memerlukan dan banyak lagi. Dengan mempraktikkan cara ini, penampilan anda pasti lebih lengkap di samping wajah yang kacak, pakaian yang segak serta amalan kebersihan yang sempurna.


Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN DERMA ROLLER UNTUK RAMBUT

Sebelum kita mengetahui cara menggunakan dermaroller untuk rambut. Saya ingin bertanya terlebih dahulu jika anda tahu apa itu dermaroller? yesssssss dermaroller adalah alat yang biasa digunakan untuk merawat kulit dan biasanya digunakan untuk kulit wajah yang terkena bintik hitam, lubang atau  tanda poket. Tetapi kali ini kami tidak membicangkan tentang dermaroller untuk memperbaiki kulit wajah tetapi untuk memperbaiki dan membantu mengatasi masalah keobtakan anda dengan alat ini. Dermaroller sendiri adalah alat gulung yang dilengkapidengan jarum kecil di sepanjang gulungan yang dapat dijalankan di kepala botak anda dan jarum kecil ini sedikit sebanyak akan mencederakan kulit kepala yang akan merangsangkan dan meregenerasikan kulit kepala.                                                               Selain itu, penggunaan dermaroller juga dapat membersihkan dan mensterilkan kepala kita dari kekorotan kepala seperti habuk dan kelemumur dan akan mebuka porir-pori kepala botak sehingga n

5 Punca Buat Rambut Berbuah

Rambut Berbuah. Rambut berbuah sering dikaitkan dengan wanita yang bertudung. Apakah yang dimaksudkan dengan rambut berbuah. Rambut berbuah adalah suatu keadaan di mana hujung rambut terdapat benda asing yang berwarna putih ataupun hitam yang melekat serta sukar untuk ditanggalkan.Kebanyakan rambut berbuah yang berlaku ini adalah disebabkan oleh bakteria yang tumbuh dan melekat pada rambut. Tentunya anda akan berasa geli disebabkan terdapatnya bakteria yang tumbuh serta melekat pada rambut anda. Oleh itu anda perlulah menjaga rambut dengan sebaiknya. Tidak bermakna jika rambut yang berselindung di sebalik tudung, tidak perlu diberikan penjagaan yang khusus. Wanita yang bertudung juga perlu menjaga rambut supaya sentiasa sihat dan menawan. Faktor Masalah Rambut Berbuah adalah :- - Kurang tidur - Tidak mengeringkan rambut dengan betul - Pengambilan makanan yang kurang nutrisi - Penggunaan produk rambut yang berlebihan - menggunakan haba yang terlalu panas pada rambut Apa Yang Perlu Anda

Tanda-tanda rambut tidak sihat

Apabila kita borak mengenai rambut, ramai yang lebih risau mengenai masalah keguguran, bagaimana untuk menggayakan dan mencari warna sesuai apabila uban mula kelihatan. Namun menurut pakar, rambut mempunyai fungsi lebih daripada sekadar kosmetik atau membuatkan seseorang nampak menarik. Pada dasarnya, kesihatan rambut dan kulit kepala boleh menjadi panduan terbaik kepada pelbagai masalah kesihatan yang dihadapi pada ketika itu. Acap kali kita diberitahu rambut hanyalah sel protein yang sudah mati. Biarpun begitu, ia mampu menjadi panduan kepada keadaan kesihatan kita. Ini kerana masalah dalam tubuh akan memberi kesan secara langsung kepada penampilan rambut dan ia boleh dilihat dengan mata kasar.  1. Rambut kering, tidak bermaya dan nipis Banyak faktor yang menjurus kepada masalah rambut kering antaranya pewarna, pengering rambut dan berenang dalam air klorin. Bagaimanapun, perubahan ketara pada tekstur rambut boleh menunjukkan terdapat masalah tiroid kurang aktif dikenali sebagai hipo