Skip to main content

CARA UNTUK MENDAPAT RAMBUT LEMBUT BERKILAT

Adakah sudah lama anda tidak rasa kelembutan pada rambut anda? Adakah helaian rambut anda telah menjadi kasar, suram dan tidak bermaya? Hati-hati! Ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak betul tentang rutin penjagaan rambut anda, ataupun kesihatan anda.

Untuk memastikan tidak ada sebarang masalah, lakukan ujian berikut: Asingkan sepintal rambut dan simpulkannya menggunakan jari anda. Kemudian lepaskan simpulan itu dengan serta-merta. Adakah simpulan itu terlerai dengan cepat atau kekal tersimpul? Tahniah, jika simpulan terlerai dengan cepat! Rambut anda cukup kuat untuk meleraikan simpulan itu dengan sendirinya. Satu lagi ujian untuk mengetahuinya adalah dengan melepaskan rambut anda ketika di dalam tub mandi atau kolam. Adakah ia terapung atau tenggelam? Jika ia tenggelam, anda perlu buat sesuatu. Rambut anda mungkin lebih poros daripada yang anda sangka.

Tetapi anda boleh mengubahnya - dan penyelesaiannya agak mudah. Ubah saja beberapa kebiasaan harian. Ketahui apa yang perlu dilakukan untuk menjadikan rambut lembut dan berkilat.

1. UNTUK MENDAPATKAN RAMBUT LEMBUT, MULAKAN DENGAN MEMBILAS
- Percayalah, bilasan rambut sama pentingnya dengan syampu dan perapi. Ia memulihkan struktur dan alunan rambut anda sejurus selepas mandi, kerana tiada mendapan tertinggal yang memberatkan rambut anda. Satu lagi langkah penting ialah menggunakan air sejuk. Air bersuhu rendah membantu mengedapkan kutikel rambut, yang memerangkap air dan nutrien daripada produk yang digunakan pada rambut. Anda tidak suka mandi dengan air sejuk? Tiada masalah. Basuh rambut anda dengan air suam seperti biasa dan percikkan saja air sejuk setelah selesai.

2. JANGAN SIKAT RAMBUT ANDA SECARA KETERLALUAN
- Meleraikan kekusutan rambut yang berlebihan boleh menyebabkan rambut putus, lebih teruk daripada masalah hujung rambut bercabang. Beri perhatian kepada cara biasa anda menyikat rambut; cara yang betul ialah menyikat dari hujung ke akar, bukan sebaliknya. Untuk rambut lembut dan kurang mengembang, gunakan sikat atau berus kayu. Tidak seperti plastik atau logam, bahan ini tidak mengeluarkan caj statik yang menyebabkan rambut kembang. Selain daripada itu, elakkan daripada menyentuh rambut anda terlalu kerap! Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi anda mungkin memindahkan kotoran dari tangan anda ke rambut dan kulit kepala anda.

3. KRIM RAWATAN + TOPI MANDI = GANDINGAN YANG TIADA TANDINGAN
- Penghidratan adalah penting untuk mendapatkan rambut lembut. Untuk meningkatkan hasil spa rambut anda di rumah, gunakan topi plastik selepas menyapu krim rawatan pada helaian rambut dan biarkannya selama tempoh masa yang tertera pada label. Haba seketika yang tidak begitu kuat di dalam topi menyebabkan kutikel rambut terbuka dengan cepat, dan ini menambahkan nutrien pada rambut dengan lebih mudah.

4. ELAKKAN ALAT PENGERING DAN PELURUS RAMBUT
- Sebaliknya, haba berlebihan boleh merosakkan rambut yang lembut. Apabila anda menggunakan peralatan yang dipanaskan seperti alat pengering rambut, alat pelurus rambut dan pengeriting rambut, lindungi pintalan rambut anda dengan pelindung haba. Produk ini adalah seperti penghalang matahari untuk rambut. Ia sesuai untuk kegunaan harian kerana ia juga membantu melindungi rambut daripada kesan berbahaya sinaran UV.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENGGUNAKAN DERMA ROLLER UNTUK RAMBUT

Sebelum kita mengetahui cara menggunakan dermaroller untuk rambut. Saya ingin bertanya terlebih dahulu jika anda tahu apa itu dermaroller? yesssssss dermaroller adalah alat yang biasa digunakan untuk merawat kulit dan biasanya digunakan untuk kulit wajah yang terkena bintik hitam, lubang atau  tanda poket. Tetapi kali ini kami tidak membicangkan tentang dermaroller untuk memperbaiki kulit wajah tetapi untuk memperbaiki dan membantu mengatasi masalah keobtakan anda dengan alat ini. Dermaroller sendiri adalah alat gulung yang dilengkapidengan jarum kecil di sepanjang gulungan yang dapat dijalankan di kepala botak anda dan jarum kecil ini sedikit sebanyak akan mencederakan kulit kepala yang akan merangsangkan dan meregenerasikan kulit kepala.                                                               Selain itu, penggunaan dermaroller juga dapat membersihkan dan mensterilkan kepala kita dari kekorotan kepala seperti habuk dan kelemumur dan akan mebuka porir-pori kepala botak sehingga n

5 Punca Buat Rambut Berbuah

Rambut Berbuah. Rambut berbuah sering dikaitkan dengan wanita yang bertudung. Apakah yang dimaksudkan dengan rambut berbuah. Rambut berbuah adalah suatu keadaan di mana hujung rambut terdapat benda asing yang berwarna putih ataupun hitam yang melekat serta sukar untuk ditanggalkan.Kebanyakan rambut berbuah yang berlaku ini adalah disebabkan oleh bakteria yang tumbuh dan melekat pada rambut. Tentunya anda akan berasa geli disebabkan terdapatnya bakteria yang tumbuh serta melekat pada rambut anda. Oleh itu anda perlulah menjaga rambut dengan sebaiknya. Tidak bermakna jika rambut yang berselindung di sebalik tudung, tidak perlu diberikan penjagaan yang khusus. Wanita yang bertudung juga perlu menjaga rambut supaya sentiasa sihat dan menawan. Faktor Masalah Rambut Berbuah adalah :- - Kurang tidur - Tidak mengeringkan rambut dengan betul - Pengambilan makanan yang kurang nutrisi - Penggunaan produk rambut yang berlebihan - menggunakan haba yang terlalu panas pada rambut Apa Yang Perlu Anda

Tanda-tanda rambut tidak sihat

Apabila kita borak mengenai rambut, ramai yang lebih risau mengenai masalah keguguran, bagaimana untuk menggayakan dan mencari warna sesuai apabila uban mula kelihatan. Namun menurut pakar, rambut mempunyai fungsi lebih daripada sekadar kosmetik atau membuatkan seseorang nampak menarik. Pada dasarnya, kesihatan rambut dan kulit kepala boleh menjadi panduan terbaik kepada pelbagai masalah kesihatan yang dihadapi pada ketika itu. Acap kali kita diberitahu rambut hanyalah sel protein yang sudah mati. Biarpun begitu, ia mampu menjadi panduan kepada keadaan kesihatan kita. Ini kerana masalah dalam tubuh akan memberi kesan secara langsung kepada penampilan rambut dan ia boleh dilihat dengan mata kasar.  1. Rambut kering, tidak bermaya dan nipis Banyak faktor yang menjurus kepada masalah rambut kering antaranya pewarna, pengering rambut dan berenang dalam air klorin. Bagaimanapun, perubahan ketara pada tekstur rambut boleh menunjukkan terdapat masalah tiroid kurang aktif dikenali sebagai hipo